FAKTOR NAIK TURUN HARGA EMAS DUNIA



Salam sejahtera untuk semua pembaca.Saya ingin berkongsi satu topik yang menarik dan ramai pembaca ingin mengetahuinya dan meminta saya menulis mengenainya.

Tajuknya: Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi saya ringkaskan untuk memberi kefahaman kepada anda semua.
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.



Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/
Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan


Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:


1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).
Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com


Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.